MHA Web$ite
Laman Utama
List Team Cni
Sea And I
Snapshot SpuTeam
PssI_PuO
Long Story
Sputeam Name List
Laman Rahsia
Laman Perang
Laman Seram
Snapshot of MeSrA_DeSa
System Of sTuDy
Blank page
Story Of MeSrA_DeSa

 

Assalamualikum w.b.r.t.h dan Salam sejahtera..

Laman ini mencoretkan segala sejarah dan kehidupan WEBM@$TEr. Semoga anda semua sudi membacanya dan menilai keperibadian yang ada pada WebM@$Ter ini. Bukan tujuan kami nak mengkritik Webm@$ter tapi ingin berkongsi pengalaman pahit,manis,suka dan duka selama dia hidup di Dunia yang sering tertipu ini. Semoga kita menjalinkan Ukhwah yang Suci.

 

Intro

Detik 10.00 pagi pada hari Jumaat 06.09.1985 lahirlah seorang insan di Terengganu, di Bukit Chatak 2. Beliau lahir di rumah neneknya dengan tangisan kecil . Dengan rahmat dari ilahi dan keselamatan yang di kurniakan menggembirakan keluarga dan sanak- saudara berkenaan lahirnya anak sulong bagi Alias dan Fatimah di dalam keluarga itu. Harapan sudah disemai sejak di dalam kandungan lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada kedua ibu bapa ini, mereka perturunkan satu persatu untuk menjadikan anak yang berguna dan soleh. Doa dan harapan sentiasa di beri untuk kejayaan anaknya itu.

Di dalam website ini beliau ingin menceritakan pahit maung dalam merealisasikan segala kesusahannya untuk di di utarakan kembali samada terhadap keluarnga,saudara-mara bahkan rakan seperjuangan serta individu-individu yang mengenalinya.

 

Peringkat Pertama

Kita mulakan dengan cerita yang beliau ingat sejak umurnya 6 tahun.Waktu itu beliau di beri pendidikan awal di PASTI yang bertempat di Terengganu iaitu Kuala Ibai. Pada peringkat ini beliau sudah merasai perasaan apabila di khianati dan dibenci oleh rakan-rakan. Didikan agama yang di terapkan di sini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran terhadap beliau sebagai seorang muslim. Suatu peristiwa lucu telah berlaku pada beliau apabila pulang dari PASTI. Sewaktu itu beliau pulang bersama-sama beberepa orang rakannya dan mereka melalui sebatang titi batang kelapa. Pada masa yang sama,entah mengapa datang seorang rakannya dan terus  memegang tangan beliau dan menolak beliau terus dalam parit dengan air yang hitam,busuk atau dengan kata lain air kotor (air car)yang dalamnya lebih kurang paras dada. Perasaan beliau masa itu, agak cemas dengan ketidakpandaiannya berenang dan hanya berusaha untuk kembali ke atas titi tadi dengan diperhatikan sahaja oleh rakannya yang lain dengan gelak ketawa.Dengan berbaju melayu yang comot itu beliau pulang ke rumah dan di sambut oleh nenek sebelah bapanya. Bapanya meradanglah bila tahu akan perkara itu. Beliau pula yang kena marah. Kesian lak... 

Ketidakpuasan hati beliau pada masa itu usah di jangkalah, sebab siapa sahaja berasa dendam kepada sesiapa yang melakukannya begitu.

Pada waktu pagi, sewaktu ingin ke PASTI ayah beliau serig membelikanya makanan yang di namakan Roti Keramat. Beliau di hantar ke PASTI dengan motor VESPa 150 cc, CB 4437. Begitulah rutin harian Webma$$ter kite ni. Bila balik rumah jalan kaki jer. Biasa pukul 11.00 lebih. Kadang-kadang beliau pergi merayap ke rumah kawan beliau pekena air segelas dua, baru balik rumah.Kebiasaanya beliau pulang sebelum maknya pulang. Kalau hari minggu, beliau 3 beranak ni, pergi jenjalan kat Pantai Batu Burok. WebMa$ter kita suka mandi kat pantai, kalau balik kampung kat padang pulut mesti mandi kat sungui. Padahal penakut. Macam-macam bermain kat fikiran dia tu, ada buayalah, ikan besar lah, nak mandi sangat. Pastu ayah dia angkat dan bawa masuk dalam sungai. Baru dia ada akal. Kalau tak buat camtu sampai sekarang pun takut nak main air. He..he..he... . Ayah beliau ni kerja sebagai Safeguards kat FRECH BANK , Kuala Terengganu jer, sekarang dah pindah . Kerja kat dungun lak. Kalau nak kenal ayah dia ni senang jer. Kalau kat Dungun tu, sebuah jer public bank. Ayah dia kerja situ sebagai safeguards lagi. Senang ajer kalau nak kenal ayah webmaster kita ni manakala maknya ustazah sek. ren. Pusat Kuala Ibai waktu webmaster kecik-kecik dulu tapi sekarang dah pindah ke sek ren Balai Besar , Dungun jugak. Balik kampung. Saat-Saat yang paling best bila dia mula nak dapat adik. Tahun 1988, maka dapatlah seorang adik pompuan yang bernama Khairunnisa. Tinggallah mereka ni 4 beranak kat rumah sewa, Kuala Ibai tu. Kadang-kadang mereka ni balik ke Dungun umah nenek mereka dengan bas atau teksi.Tinggal kat sana dalam 2 hari pastu datuknya hantar mereka ke stesen bas dengan beca. Untuk pengetahuan, datuknya bekerja sebagai penarik beca sejak dulu, kini dan selamanya.

Seterusnya,detik umur 7 tahun bermulalah alam persekolahan webmaster kita ni. Beliau belajar kat sek batu 48 Dungun. Waktu ni beliau tinggal kat belakang klinik ahmad. Korang tak kenal kan. Takper ler sajer nak citer. Beliau ni masa tahun satu nakal giler. Yerlah baru nak kenal dunia persekolahan. Pagi-pagi ayah beliau hantar. Masih dengan VEsPa tu lagi. Belajarlah dia kat sek tu. Bila tamat jer tahun satu mak beliau bawa ke sekolah seberang pintasan Dungun. Waktu tu maknya ustazah kat situ sebab senang sikit. Yerlah dah pindah ke rumah baru kat Indra Agency. Kawan ayah beliau minta tolong jaga bebarang. Maklumlah kedai perabot. Masa beliau tinggal kat sini, beliau tak pernah dapat kawan. Maksud saya kawasan tu tak der yang sebaya dengan dia. Mainlah sensorang. Beliau ni kreatif sikit. Beliau ambik bekas minyak 2t dan 4t buat kereta. Tengahari pun dia main. Yerlah puas. Imaginasi tinggi. Kadang-kadang dia ambik reja-reja kayu buat lori perang. Camtulah kalau beliau puas. Belajar malas. Tapi beliau rajin mengaji Al-quran. Yerlah kena paksa baru buat. Biasalah tu kan.

sb2427.jpg


1nx02c.gif